Kring kring (tepon berbunyi) =p
Esah: Mochi mochi...
Tipah: Assalamualaikum...Esah, aku nie.s0b s0b s0b...=(
Esah: Opss silap,Waalaikummusalam. Apa pasal ko nangis nie Tipah.Ko dekat mana ?
Tipah: Esah,aku kene marah dengan seorang mak cik nie. Masa tue aku tunggu kakak sepupu aku solat dengan masjid.
Esah: Apa pasal pulak dia marah ko?
Tipah: Aku uzur. Dan aku tunggu dia dalam masjid.Dekat bahagian belakang Dia cakap HARAM masuk masjid kalau uzur.Betol ke? Yang aku tahu MAKRUH je. Kan?
Esah: Entah la Tipah, aku tak tahu sangat. Apa yang aku tahu sama macam ko tahu la.
Tipah: Apa yang ko tahu? =.=
Esah: MAKRUH la.Adesss. Tapi banyak pendapat sebenarnya. Aku pun tak tahu yang mana betol. Jadi pape pun elok la elakkan.
Tipah: Ermmm..
Meh sini baca Tipah. Aku copy paste cari SINI.
Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal ialah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.
Pendapat Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, Ibn Hazim Zahiri serta beberapa orang lain lagi pula ialah diharuskan.
DALIL YANG MENGHARAMKAN:
Dalil mereka yang mengharamkan ialah dua hadis Nabi saw:
Pertama: Hadis `Aisyah radiyallahu `anha
Maksudnya: “Nabi saw datang ke Masjid Nabawi. Di kala itu muka pintu rumah para sahabat Nabi saw bersambungan dengan Masjid Nabawi. Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid” Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran. Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid, kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” [1]
Kedua : Ummu Salamah radiyallahu `anha.
Maksudnya: “Baginda saw masuk ke pintung gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.”[2]
Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid.
Adapun melintasinya kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan-keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid yang akan menitis. Dalilnya dua:
Pertama: firman Allah:
Maksudnya: “(jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya.”
Kedua: hadis `Aisyah yang mana baginda ketika berada di seberang sana masjid mengarahkan beliau menghulurkan kepada baginda hamparan solat. `Aisyah lalu memberi alasan bahawa beliau kedatangan haid. Nabi lantas bersabda:
“Haid kamu bukan pada tangan kamu.”[4]
DALIL YANG MENGHARUSKAN:
Dalil mereka ialah kedua-dua hadis `Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah. Dengan itu tiada dalil yang kuat yang boleh mengharamkan. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal dalam melakukan sesuatu iaitu harus.[5]
KESIMPULAN
Wanita haid yang ingin menuntut ilmu di masjid tidak boleh duduk di dalam masjid. Namun, mereka boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat seperti dewan kuliah yang asing yang tidak dijadikan tempat solat, tempat rehat di tingkat bawah masjid, tempat berwudu’, kawasan persekitaran masjid dan lain-lainnya. Wallahu a`lam.
Ok Tipah,ko dah faham kan?Apa pun elakkan la. Boleh je ko duduk dalam kereta untuk menunggu. Aku sendiri tak pernah masuk masjid kalau uzur. Apa kemusyikalan samada kita tak pasti ianya HARAM atau MAKRUH. Maka cuba lah elak kan.
Bagi orang yang nikah buat majlis dalam masjid tue macam mane pulak ye?
psstt~ Kantoi plak aku si Esah tue.=p
psstt~ percubaan menghasilkan entri berdialog =p