Meh sini.Duk rapat-rapat.Tapi lelaki dan pompuan duk asing-asing ye.Jangan rapat-rapat nati Tuhan marah.Eheee. Bulan nak tanya nie. Korang suka tak dapat hadiah? Tak kisah lah hadiah apa atau sempena apa. Contohnya: Pakwe/makwe korang kasi hadiah. anniversary ke bufday ke saje-saje gatal nak bagi ke.Ahakss Atau parents korang bagi sebab pointer bagus ke SPM bagus ke. Suka kan? Bulan pun suka.Suka sangat bila dapat hadiah. Tak kisah lah sekecil mane pun hadiah tue. tentu kita akan hargai apa saja pemberian orang.Lebih-lebih lagi orang tue orang istimewa dihati kita. Betol tak?
Tak sabar nak dapat hadiah bufday kan?Eheee
Pernah terfikir tak.Kita masih boleh hidup ini kerana apa ek?Apa penyebab kita boleh terus bernafas? UDARA kan? Pernah tak terfikir nak berterima kasih ,menghargai dan bersyukur kepada Pemberi hadiah tak ternilai nie? Percuma aje kita dapat udara nie kan. Allah tak pernah minta apa-apa pun dari kita. Bahkan kita aja yang selalu meminta dariNya.
Andai kata Allah mengenakan bayaran untuk setiap udara yang disedut. Mampu ke kita nak bayar. Macam kita bayar bil air,elektrik dan sebagai gala bil. Maklum la selagi kita bernyawa selagi itu kita perlukan udara. Betol tak?Tak mampu rasanya. Kalo Bulan sendiri memang tak mampu. Betol tak?
Maka fikirkan dan renungkan lah. Apa yang Bulan cube sampaikan. Tak berniat untuk menyindir sesiapa.Sekadar perkongsian dan renungan bersama-sama.
pssttt~ dapat hadiah kena ucap apa?Terima kasih. Macam mana nak berterima kasih kepada Allah yang menyediakan segala-galanya untuk kita hidup di dunia yang sementara nie. Masing-masing ada jawapan tersendiri.Allahua'lam.

