Meh sini Bulan nak cerita sikit. Kisah pasal si semut biase merah (semut api) dengan semut hitam.
Pada waktu ketika dulu, dalam bahasa omputehnye (once upon a time).ecece.semut hitam dan semut merah berkawan sangat baik. Ibarat "Air dicincang tak akan putus".Tapi pada satu hari, tiba – tiba semut merah nie telah menggigit semut hitam.ish ish ish.Jahat tol!. Sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam dan sangat pedih buat semut hitam. Maklum la sahabat sewarne dia semua habis digigit oleh semut merah.Yang peliknye kenapa dia tak kene gigit ek?(ABAIKAN!).Semut hitam nie pun terus terasa hati dan membawa diri jauh dari semut merah. Lama kelamaan hubungan mereka menjadi renggang. Tak bertegur sapa. Lu kubur lu.Wa kubur wa.Cenggitu la andaiannya. Yang membuatkan semut hitam berjauh hati ialah semut merah langsung tidak meminta maaf kepada nya di atas kekasarannya itu. Jahat tol semut merah nie ek. Buat salah tak reti nak mintak maap!Pada suatu hari, semut hitam teringat akan semut merah nie. Semut hitam berjumpa dan menegur la semut merah nie. Tapi malangnya, sekali lagi semut merah telah menggigit semut hitam. Semut hitam berasa sangat sedih. Semut hitam sedar akan statusnya yang hanyalah semut biase yang berwarna hitam berbanding semut api.
Bezakah kita semua?
pstt~ kita manusia semua samakan?tak ade bezanya.semua datang dari Allah.yang membezakan kita adalah sikap dan pemikiran kita. Renung-renungkan.Jangan la kerana anda berharta,bijak pandai,berkedudukan.Anda memandang rendah pada mereka yang kurang dari segala segi.
