Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Die Hard Fan Cornflakes Madu

Assalamualaikum...

Pinjam dari Incik Google

Tiap tiap tahun Hari Raya nie la cookies kegemaran aku. Kalo dapat sebalang cornflakes madu nie. Jangan harap aku nak bagi orang lain makan sama :p  Aku suka rasa nye yang sweet manis madu nie. Nama pun dah cornflakes madu kan? Hekhekhek

Pernah aku pergi rumah kawan mama. Aku tarik la balang cornflakes madu slow slow depan aku. Aku kunyah kunyah kunyah.. Sedar sedar dah habis sebalang. Mama aku pun berbisik dengan aku. " yang kat rumah kan ada lagi,pergi umah orang pun nak rembat lagi ke?".Hukhukhuk Malu sendiri aku :p

psstt~ Raya nie aku beraya di Thailand :)

Ada kuasa ke kita nak ukur keikhlasan orang??

Assalamualaikum...

Baru aku perasan sepanjang ogos nie yang sekarang sudah ke angka 23 yang lagi 7 hari nak tinggalkan ramadhan penuh rahmat nie untuk bakal kita menyambut syawal dengan penuh kemeriahan. Huffff! SEMPUT~
*ce korang baca dengan 1 nafas. kompem semput kan?* hekhekhek

Panjang kot ayat kat atas tue. cume aku nak cakap aku baru je update 2 entri sepanjang Ogos nie :p

Dulu ikhlas tolong sekarang tak ikhlas
Dulu dapat pahala sekarang dapat dosa

Sapa kita nak nilai keikhlasan orang? Malaikat ka? Nabi ka?Tuhan?Ya Allah mintak jauh. SYIRIK!

Dan sapa kita nak tentukan dosa pahala seseorang? 

Pape pun cermin diri sendiri dan selamat beramal :)

psstt~ pendek giler entri aku.ku bajet panjang mencecah lantai akibat lama tak update :p

selamat harijadi dan selamat hari raya untuk kali terakhir sebab aku akan mati dalam sehari atau dua ini

Assalamualaikum...

Hawau u?fain?wat a u du in tudei? Hah ambik ko bahasa pa neh. German campur itali ka? Kau hade? Hekhekhek.

Lamakan aku tak update? Seminggu ade kot. last entri pasal melatah. Hah,hambik ar melatah sampai joget joget inul goyang gerudi. Pehh! Im retis ok. Ada aku kisah ? =p

Dah dah,tue la tabiat aku,mukadimah tue bukan main panjang mencecah lantai. Silap hari bulan boleh digulung buat jual. Semeter RM2.80. Ko nak?

Tajuk entri bukan main panjang noh..Eh eh,aku tak panggil Noh Hujan ok! Laki orang tuh tak kuasa mak! =p
*tengok!tak abes lagi mukadimah aku* ADESSSS

Aku duk godek godek nuffnang aku. Mau nengoknye gimane perpomen aku punye trafik. Haaaa! Semmputtttt! Tak update tak blogwalking ada jugak se-BE baru duk goyang inul dalam blog aku. Alhamdulillah.

Meh nak tunjuk,


Korang tak payah tengok la yang lain. tengok yang panjang tue je. boleh digulung buat jual RM4.80 semeter. Harga dah naik.Hekhekhek

Peh,Sape la gamok nye search benda nie. Boleh plak dia tahu dia nak mati sehari dua lagi. Makhluk Makhluk. Sodeih den menbaco nye ooo~ 

Puaso dop lagi hang nok ucap Selamat Hari Rayo buat gapo. Puaso hang dah abes ganti ko ujang oit. Eh silap. Bukan ujang blogger femes k.

Selamat Hari Jadi kat sapo plak neh nyah oit..meh aku kasi lilin putih onambolasribu.Ko tiup la sampai pengsan muntah darah. Mak oit,kayanya aku nak kasi lilin onambolasribu kat orang. Hekhekhek

Nak bagi ceramah sikit nie,

Hidup mati kuasa Allah.Dia yang menentukan segalanya. Bila,bagaimana,dan kenapa untuk suatu kematian itu. Kita, HambaNYA mampu berusaha dan berserah. Sambil kejar harta dan nikmat dunia tue.Jangan lupa akhirat juga. Untuk bekalan mengadap DIA. Salam Jumaat~

psstt~ Kempunan nak makan buah mata kucing. korang taw?

Opocot mak engkau !!

Jangan di cuit pinggang aku. Pleaseeeee lah!

Melatah lagi. Dulu aku lagi teruk melatah. Antara ayat yang keluar dari mulut aku.

" Eh mok mu mok aku,mok mu burok siku."=p lama gak aku melatah ayat nie. Sampai mama aku pun tak leh buat hape dah.

"Oh cokek mok mu".Yang nie latah aku paling latest.Aku pun tak tahu nape dalam latah aku ade perkataan "mok mu". Huhuhu sungguh tak sopan!

Sekarang nie dah ok sket penyakit melatah nie sejak aku minum susu anlene.Ada kaitan ke? =p

Orang melatah nie bahaya. Kadang kadang sonok dengar orang melatah. Ade yang siap nari gojet lagi.Hahaha

Tapi jangan la duk cokek org melatah yang tengah pegang pisau,senapang dan benda tajam. Habis hangpa nati. Di tembak nya~ huhuhu

psstt~ jom kite kopikopi :)

Dinner dengan hasil tangkapan abah

Assalamualaikum...

Bangun pagi tadi memang aku sakit sakit badan. Seharian semalam jadi Hulk. Angkat tue angkat ini. Tangan kanan aku nie pun tak leh nak luruskan sangat sebab sakit. Semua nie sebab semalam punya majlis la. Huhhuhu.Nati aku update entri pasal majlis ape yang berlaku semalam,hari jumaat.

Nie aku nak cerita pasal Hero kesayangan aku. Abah aku la. Semalam masa majlis kat rumah berlangsung Abah aku tak ada. Dia pergi 'nyandak sotong'. Aku tak tahu kalo bahasa keyell nye orang sebut ape. Abah aku pergi pagi semalam dan tengahari tadi baru balik. Huhuhu

Memang penat la kami adik beradik semalam bila buat majlis tanpa Abah. Kene angkat meja,angkat tong gas.angkat periuk belanga. Majlis nie pulak buat on da spot then tiba tiba abah cakap dia nak turun ke laut. Huhuhu

Meh tengok apa Abah aku bawak balik. Hasil tangkapan yang dia cari semalaman.



Lauk dinner malam nie. Budu and sambal belacan. Wajib!

psstt~ seluar jeans aku saiz 26 dah tak muat :( 

Koleksi Entri Sampah Aku::Entri sampah terakhir aku

Assalamualaikum...

Wahh.sangat penah ini hari.Penat melayan tetamu. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Sungguh aku penat hari nie. Dari pagi sampai ke petang aku kene senyum je, Mulut nie pun dah rasa lebar sampai ke telinga. Hahaha.

Malam nie rindu membuak-buak yang teramat sangat :) pada belog nie. So,aku godek godek entri lama. Aku kumpulkan entri entri sampah aku. Aku baca balik. Hahaha. Ada nak tergelak. Ada rasa nak menangis. Sungguh,entri nie aku tulis dari hati.Dan ada setengahnya lirik lagu yang mirip-mirip dengan perasaan aku Aku menulis tanpa aku fikir tentang orang lain. Hahahaha

Kenapa aku cakap ianya entri sampah? Kerana aku rasa ianya memang sampah :)

Dimanakah Dia

Love revolution

That Person

You and I

Luluh Hati ku

Tik tok Tiada Kesudahan

Hati ku

Saya...Awak

Berakhir di januari

Hati seorang....

Kosong

Just wanna be your flowerpot

That Woman

Kita berbeda

Aku tertanya...

Fuhh.banyak kan. Hahahha.Aku kene buang semua benda nie. Dah tak ada apa yang perlu aku usahakan lagi. Usaha aku selama nie pun aku tak dapat apa apa.Hahahaha Dapat jugak sikit sikit. Sikit caci,sikit maki,sikit keji. Tue je la aku dapat.

So,dari pengalaman nie aku belajar.
" Kadang-kadang kita tak akan dapat kasih sayang dari orang yang kita sayang,kerana mungkin tanpa diduga kita akan dapat caci maki hina keji dari dia".

Aku tak nak simpan apa apa lagi. Aku nak buang semua. KOSONG. Kembalikan segala milik aku. Sebab aku dah kembalikan segala milik kau.

psstt~ bertuah lah korang bila orang yang korang sayang pun sayang korang :)

Happy Anniversary Cik Bulan =p

Assalamualaikum...

Semalam 12hb July 2011. Semalam jugak la ulangtahun pertama belog cikai serabai nie. Huhuhu. Tak sangka dah setahun aku berblogging. Namun, masih banyak lagi yang harus aku pelajari. Hekhekhek skema molep ayat aku.

Alhamdulillah,

Dengan penghasilan entri 364 termasuk yang nie dalam masa setahun. Follower seramai 1414 (wah cantik nombor =p). Alhamdulillah, belog 'Tentang Bulan' diterima oleh kalian. Terima Kasih kerana memollow dan membaca belog pink nie.

Belog bersalin baju 3kali dalam setahun nie.Semua atas jasa baik zaerr.com. Zaerr yang design template belog aku nie. Ringan dan cepat loading. Terima kasih.

Harapan untuk masa hadapan agar belog nie masih lagi diterima kalian. Entri yang aku hasilkan sedikit sebanyak dapat memberi info dan merehatkan minda kalian.Dan aku akan berblogging selagi terdaya =p. Namun kekangan masa dengan study dan bisnes sendiri nie membuatkan belog aku nie sedikit terabai. sedikit je yea. hekhekhek.

Ahakss. Wordless Wednesday =p

Contest Jelingan Manja ADA LAGI???!!!

Assalamualaikum...

Dua hari lepas. 2 hari lepas yea. Aku dikejutkan dengan sorang 'guest' kat shoutbox nie. Meh baca dia cakap pe


Sentap sentip sipi sipi gak aku mak nyah oit. Hang tetiba tulis macam tue. Adess. Contest tue dah berzaman dah abis dan ade pemenang. Nie jenis blogger yang follow saja untuk cukup syarat penyertaan. Bukan nak update status contest. Meh aku nak kasi hang link entri yang contest aku dah ada pemenang. Dan hadiah nya aku dah pos.


Depa nie dah monang. Kau hado?? Ok2. Hadiah pun aku dah pos. Ada seorang je yang buat entri 'terima kasih'. Tak silap aku YunaBella---->pemenang NO.2.Yang lain hilang cenggitu je. Bukan setakat entri penghargaan. Nak cakap terima kasih pun tak dop.Huhuhu Tapi tak po lah. Den tak kisoh eh. :)

psstt~ meh sesamo kito menjeling manja kure kure =p

BERSIH :: Tak seBERSIH nama Aku

Assalamualaikum...

Tengah tengok Big Momma kat Astro. Baru siap pack order customers. Esok baru nak pegi pos. Nie 1st time drive semenjak balik cuti nie. Lama tak sentuh kereta tue. Entah entah merajuk dengan aku. Hahahhaa.

BERSIH,kecoh sana sini. Dalam suratkhabar,telebesen macam mana la. Abah aku plak tak bagi tukar channel lain dah kalo tengok berita mesti TV3. Aku tak tahu nak cakap la dengan orang orang yang terlibat dengan perhimpunan nie. Dorang nie bagi aku AKAL PENDEK. Ntah ape yang panjang. Tak reti nak fikir. Apa efek nya pada rakyat yang tak terlibat dan juga pada ekonomi negara.Malu-malu. *wa geleng kapla*


BERSIH, tue maksud nama aku. NAZIFA. NAZIFA maksud nya bersih. Kalo yang belajar bahasa arab tue tahu la. Aku pun tak tahu sebenarnye. Selepas aku amik kelas bahasa arab masa matrik UIA dulu baru aku tahu maksud nama aku. Sebab ustaz selalu sebut bila belajar tajuk kebersihan. Dan aku lah orang yang selalu kene baca perenggan buku teks bila belajar tajuk tue. Gamak nye lebih afdhal kot aku yang baca =p

ok bai~

psstt~ maksud nama kita cermin pada diri kita =)

Malam Yang Buta::Manusia Buta Hati

Assalamualaikum...

Tengah berbungkus dalam comforter,aircond kuat sangat.SEJUK. adik aku tak bagi slow kan.Cett! bangun pagi esok kompem jadi cube ais aku.Hekhekhek.

Nape tak tido lagi neh?

Ko tanye sapa??

Aku tanye korang la =p *sengal*

Hidup nie unpredictable.Lain yang kita rancangkan lain yang jadinya. Sebab tue lah tercipta nya pepatah "Kita hanya merancang,Tapi Allah jua yang menentukan.". hidup nie tak macam drama korea.Semuanya ending yang indah indah belaka.kalo hero heroin mesti ending bahagia sama sama kan? Tapi kalo realiti hidup? Kita sayang cinta bangat sama itu kumbang/bunga.Tapi tak jugak ending nye kite dengan dia kan. Itu lah hakikat sebenar. Dunia realiti ini Allah yang tentukan. Itu contoh hiperbola yang boleh aku bagi la.

Dalam satu hari tue macam macam musibah kita boleh dapat. Tapi minta di jauhkan la ye. Dan mungkin juga berduyun-duyun rezeki masuk.Betol tak?. Allah tak kan uji kite dengan musibah saja. Dia juga akan uji kita dengan rezeki yang Dia berikan.Mungkin musibah yang menimpa ada nikmat disebalik nya. Siapa tahu kan?Oleh itu,usah mengeluh dengan musibah yang menimpa dan jangan riak dengan rezeki yang melimpah.

Terasa serious plak aku malam buta nie.Hahaha. kadang kadang tue lah yang aku fikirkan bila hati nie lalai memikirkan sesuatu yang tak mampu aku jangkau.Sebab aku hanya mampu merancang.

Aku bukan mengalah. Tapi aku menerima takdir itu. Dia hanya suatu keinginan aku bukan keperluan aku.

psstt~ Tarik selimut slow slow.Meh tido meh.Jangan lupa bangun solat subuh =p

Harap-harap Bihun goreng aku sedap la ye::BBQ night

Assalamualaikum...

Demam dah ok. Cume malam malam demam nie gedik sket.Nak aje manje manje ngan aku. hahahaha
Tapi tak hape as long as aku duk rumah aku tak risau. Family ada.

Ok,korang tengok tajuk entri aku kan? Malam nie aku ada BBQ dekat tempat aku praktikal dulu. Tak tahu la korang kenal tak Loji Rawatan Air Chicha, Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan. Hahahaha Kompem tak tahu kan?Yang duduk Kelantan pun kompem tak tahu.

Dolu dolu aku praktikal keje aku test air je. Make sure air yang dah di rawat tue memenuhi standard yang telah ditetapkan. Gitu ler den nok kabo nye cite. Hekhekhek.

Ok,cite aku dah melarat ke zaman zaman dolu dah nie. hadoiii..

Mereka mereka nie request nak bihun goreng dari aku. Mereka mereka nie siapa? Mereka mereka nie staff staff dan juga ex-student praktikal kat sane.So,aku cakap ok la.Aku goreng nati tak kalo tak sedap kome telan je la ek. Dan jangan kutuk aku depan depan. Belakang tak hape. Tapi make sure aku tak dengor la ye =p. Hahahaha

Tak sabar nak jupa mereka mereka nie semua. Siyes rindu.Lamo benor den tak jupe neh ah. Ukhwah dibina atas dasar keikhlasan bukan sekadar mainan. Itulah rahsia persahabatan :)

psstt~ aku terlalu jelite sekarang nie. malu nak upload gambor kat entri.Kang ade yang pengsan berkenan kat aku.Ahahahahhaakasss

Tak tahu nak tulis apa

Assalamualaikum...

Lama aku bukak tab 'new post' nie. Alih alih aku mengadap FB.Reply email customers.Dah 3hari demam selsema. Tak suke! Hidum mancung aku tersumbat.Nak bernafas pakai corong mooloot.Huffff :(

Nak bagitahu korang aku dah sampai rumah. Cuti 2 bulan. Best sangat duduk rumah. Relax~

Demam pun dah beransur sihat.Tak makan ubat pun.Makan masakan mama je. Tue ubat nye~ :)

ok bai~

psstt~ ada masa sudah sihat aku terjah korang ye :) siyes sangat rindu

Aku tak pernah semalas macam nie !

Assalamualaikum...

Saat menaip entri nie aku tengah landing atas katil yang bertilam empuk nie. Macam mak dugong! Cube lah korang bayangkan. hahaha. Tak boleh kan?! Macam mermaid boleh?! =p

Giler malas aku hari nie. Perot aku lapar. Tapi aku malas nak angkat bontot kuar pergi cari makanan. Cafe bukan jauh mane pun, selangkah king kong dah sampai depan pintu cafe tue. Tapi sayang nya aku bukan lah king kong nak melangkah selangkah langsung harus dipangkah.Hekhek.

Esok paper exam aku pagi dan petang.Terbaik kan?Selama aku study kat UIA nie tak pernah lagi aku dapat jadual exam sehari dua paper. Nasib baik paper pagi tak berat sangat. Cuma basic bahasa english aje. Huhuhu.Tapi paper petang tue subject 'Engineering Management'. Uwaaa. Banyak kot nak kena hafal dan ingat. 

Tapi saat nie aku dah mula mengantuk. Sumpah! Merah biji mata aku. Aku bosan hafal hafal nie. aku mesej orang tapi orang tak reply mesej aku. Cett!!!! Tengah berdating la tuh. =(

Meh nak tunjuk dinner aku malam nie.

Sushi Jaya Jusco.
Tak gemor sangat.Tapi orang bagi aku telan aje.Hakhak

Takoyaki Jaya Jusco. Bola bola api. =p
Asal 3 ketol.1 ketol dah masuk perot aku.baru aku snap gambo.Ahakss

Tuudia..Perot jepun malam nie. Nie sume kawan aku yang belikan. Kalo aku memang kirim salam la pergi Jusco semata-mata nak beli bedalah nie.Hahaha.Kan aku dah cakap aku malas nak angkat bontot.Hahahaha

psstt~ kadang kadang Allah uji kita untuk sesuatu dan berikan kita rezeki untuk sesuatu yang lain. Alhamdulillah.Rezeki aku murah hari nie =D

Short update!!

Assalamualaikum....

Haktuihhh~ Tak leh blah tajuk entri ' Short update!!' dalam bahasa omputih tuh. Maklum la 30hb nie aku nak exam 'English For AcademicPurpose'. Kena prektis engeris nie.Hahahaha.

Aku busy sekarang nie. Nak exam dah 30hb nie. Doakan aku yea kawan-kawan ku sayamss ayamss.

Nati aku balik rumah,boleh lah aku nak bertempel dengan blog 24jam.Huuuu~ nampok ngat nipu nye ye dop?!

InsyaAllah,aku akan update selalu dan sekerap yang mungkin.sampai korang jemu dengan entri aku. Aku akan jejak korang sampai korang fedup tengok aku terhegeh-hegeh kat shoutbox korang.

Ada orang cakap blog aku macam SAMPAH. Ye ke? Orang cakap aku selalu duk emo-emo dalam blog. Yeke?Okey okey.Yang tue aku admit la. Aku memang ade menulis entri emo dulu-dulu la. TAPI korang baca entri tue dengan AKAL dan HATI tak? Ke baca pakai KEPALA LUTUT or BIJI MATA?

Kalo korang baca dengan AKAL dan HATI,korang akan faham apa yang aku maksudkan dan sampaikan.
Kalo korang baca dengan KEPALA LUTUT dan hanya bacaan tue sampai kat BIJI MATA je. Memang la korang rasa entri - entri aku tue entri emo emo emo =D

Maaflah kalo aku cakap kasar. Sebab aku dah mula terbiasa dengan caci maki orang kat aku. Tapi tak hape. Allah s.w.t Maha Adil. What u give, u will get back.

ok bai.

psstt~ Tak sabar menanti RAMADHAN. Hati aku lebih tenang mungkin ketika itu. Allahu'akbar  :)

Yang Aku Idamkan selama ini =)

Assalamualaikum....

Saat nie aku banyak sangat kerja kene submit esok. Tapi tangan aku degil jugak nak menaip.Ahakss. Sebab aku nak tunjuk something kat korang. Mende nie dah lama aku berkenan dan aku duk tilik gambarnya tiap-tiap malam sebelum tido. Hahahaha Melampau betolkan aku mengidam =)

Meh tengok. Aku tak nak membebel banyak sangat. Nati korang fedap ngan aku.



Nie la yang aku idam-idamkan selama nie. Aku beli wedges pink nie dengan duit gaji aku. Tak mahal pun. Murah je. Aku tak pakai barang mahal. Tak mampu lagi.Hehehehe Cantik tak? Mesti la cantik kan?

Masa aku nak order nie memang risau jugak. Dibuatnya saiz tak muat dengan aku. Harus mati =p. Alhamdulillah,sesudah sampai tue,aku try memang ngam ngam dengan aku. Hekhekhek

Korang berkenan tak?Meh usha usha sini. Banyak sangat choice nye. Jenis macam mana korang nak,sume ade. 


Aku ada letak link blogshop dorang kat sidebar. Klik je bagi yang malas. Ahakss

psstt~ ade orang tanya aku. "awak pakai pengetip bulu mata ek?"."Bulu mata cantik,naik melentik".Ermm,tak lah.Nie original. Ikut mata abah saya =p

Apam PolkaDot:: Tak Sampai Hati nak Makan

Assalamualaikum...

Hari rajin pulak aku nak menghapdate =p Kecemburuan menular di lubuk dada melihat Mish menghapdate blog hari hari. Muihihi

Meh aku nak tunjuk kat korang satu benda nie. Ia merupakan sejenis makanan Sekali pandang macam kulit dinosaur  Tapi warna warni. Kalau korang tengok pun kompem 101% hati korang berbunga-bunga terlonjak kegembiraan. Menatang pe nih comel sangat nak makan pun tak sampai hati.Hikhikhik

Warna warni macam pelangi kan.

Nah amik kau! Besau gedabak aku tempel =p

Buat gift pun cantik.Atau nak letak untuk hantaran.

Ni la orang panggil APAM POLKADOT.Kalo korang kempunan nak makan boleh la order. Tapi bukan dengan aku la.Hahaha. Ramai je orang jual sekarang nie korang google je. Ramai orang buat online bisnes apam polkadot nie. 

Aku tak pernah rasa lagi.Nak tempah hari tue tapi postage pulak mahal melampau lampau. Baik aku buat sendiri. Tengok resepi bukan susah sangat pun. Hanya memerlukan ketekunan dan kegigihan. Cewaahhh!

Aku bagitahu mama nak buat apam polkadot raya nie. Dia jawab."mimpi je la". Haiya~

psstt~ Hari nie nasib malang betol. Pagi tadi jatuh tersadung dalam bilik air. Adess. Hati pun tersadung gak hari nie. Sakit sakit. Pembaziran air mata betol la. 

Aku tertanya...Sampahkah aku?

Assalamualaikum....

Aku tertanya...

Siapa aku di mata nya...

Keluarga kah?

Sahabat kah?

Musuh kah?

ATAU

SAMPAH KAH?


Ya,sampah yang kau boleh ketepikan begitu saja.Sampah yang kau isi dengan segala carut marut perbualan dan selepas itu kau buang dengan begitu saja. Sampah yang kau ambil kesempatan di atas kelemahan dan perasaan dia pada kau dan kau tendang dia dengan sewenang wenang nya. 


psstt~ siapakah aku bagi kalian?


psstt~ sorry ye Naz,den xdop saim nak kongsi masalah nie.tak ado tempat nak meluah rase nie.So,den tulis je disini. Hang nak kato den emo datang bulan pom tak po eh.Hahahaha

Follower 1000 tapi komen....tak sampai pun 10 =(

Assalamualaikum...

Last update 3 hari lepas kot. Hari nie aku tak keje. So,boleh la buat assignment yang tak berapa nak berlambak lambak nie. huhuhu.

Korang tengok tajuk entri tue. Sentap mak nyah~ auwwww gitu. =p

Aku sentap?! Langsung TAK!

Aku sedar aku sekadar blogger picisan.Blog ntah apa apa Entri pun tak best.Banyak jiwang (kata Nazirul Hazwan). Gojes pink je lebih.Erkk,nak jugak puji disitu. =p

Korang datang singgah tak komen pun tak apa. Jadi silent reader je pun tak pe.Ada jugak orang teman 'Tentang Bulan' nie dikala aku tak teman dia.Eheee

Tapi korang drop message kat Shoutbox tue.Kompem aku tak terjah balik sebab aku tak ada masa nak terjah korang. Dulu aku ada janji nak terjah korang kan?Minta maaf la ye. Janji tinggal janji. Dulu aku janji macam tue sebab aku tak tahu apa kemungkinan dan keadaan aku untuk hari esok. =(

Kalo dulu aku ada masa nak blogwalking dan komen tiap blog yang aku follow. Tak sekarang nie tak sempat.Memang tak ada masa. Minta maaf la ye sayam sayam semua.

Tang follower aku ramai. Ramai ke 1000++? Sikit je. Lagi banyak 2000 kan?Hahaha.

Itu hasil blogwalking dan contest dulu. Kalo tak kerana dua dua cara tue follower aku tak la sampai ke angka sekarang nie.

Korang follow sebab korang join contest. Korang follow sebab korang nak tambah follower korang kan? Aku dari mula-mula blogging memang tak pernah nak amalkan tradisi 'i da follow u,follow me back ye'. Itu bukan cara aku la. Blog yang aku follow dengan ikhlas blog yang aku suke baca dan aku akan komen. Kalo tak sempat sekadar silent reader.

Angka 1390 tue hanya angka palsu. Kalo nak dikira follower aku sebenarnye tak ada la 1000. 100 pun tak sampai kot. Sejak aku tukar domain http://yeppeogirls87.blogspot.com -----> www.nazifazali.com. Memang korang tak akan dapat update dari aku. Tiap kali aku update entri pun 3jam lepas publish baru korang dapat. Tue pun pada follower yang follow aku selepas aku tukar domain.

Tak apa la. Aku sekarang bukan nya aktif berblog pun. Bukan pekerjaan utama aku dah. Bukan kegemaran utama dah. Kalo aku ada cerita pandangan dan luahan untuk di kongsi. Ya,aku akan update.


Lama tak show off gamba sendiri kat blog sendiri.Hahaha. Nah korang!Gamba terbaru aku. Abaikan bagasi balik kampung aku tue.Sibok je nak interprem =p

psstt~ aku teringin nak makan takoyaki!

Entri tengah malam::Hargailah peluang yang ada

Assalamualaikum...

Entri ini di taip ketika aku tengah mengunyah paha ayam. Chicken drumstik wey~ Riak betol pompuan nie.Paha ayam goreng tue aku ambil masa nak balik keje tadi. Lauk tak habis. Sayang kalo di buang kan. No no tak baik membazir.Baik aku sumbat dalam perut aku nie. Tak heran la kalo aku naik 3 kg dalam masa 2 minggu. Sebab keje membedal je malam malam. Muihihihi.

Korang peluang tak datang bergolek kan?Kita kena usaha kan? Usaha banyak. Banyak lah yang kita dapat. Dan usaha yang sedikit atau kurang,maka sebaliknya la yang kita dapat kan?

Korang,peluang perlu dicarikan? Kita yang kena cari peluang. Bukan peluang yang cari kita. Sebab peluang yang ada nie bukan kita seorang je yang nak.Tapi ramai lagi.Kita ada persaingan disitu. Maka usaha la untuk dapatkan peluang itu.

Ermm,kita sukakan seseorang tue,tapi kita tak tahu pun dia suka kita tak.Dia buat dunno je. Layan macam kawan. Tapi dalam banyak kawan kawan dia. Kamu la dia layan special sikit dari yang lain. Tue maknanya dia pun suka kamu.

Perempuan nie kan,kalo dia sukakan seorang lelaki tue.Memang yang lelaki tue je dia pandang sehingga la hati dia terbuka untuk lelaki lain plak.So,kamu tak rase rugi ke lepaskan peluang nie?

"Tak kisah pun.Dia pergi 10 mai." . Haa la dia pergi 10 mai.Fine la kalo camtue!

Teringat pak cik speaker kat Terminal Bas Hentian Putra dulu. Bila dia umumkan ketibaan bas. "Bas Express Mutiara berada dihadapan sekali,anda dikehendaki mencari bas,kerana bas tidak akan mencari anda." aku dengar memang nak tergelak tergolek golek.

Masa kat Matrik UIA dulu,bila nak balik kelantan aku naik bas kat sana la. Tue je terminal bas ke Timur.

psstt~ nak tido nie.Samat malam semua.Tido sambil peluk paha ayam =p

Popular Posts

I Love My Blog

Daisypath Anniversary tickers