Kali nie Bulan nak kongsi tips cara nak jaga 'contact lens' atau kanta lekap. Setengah orang nie prefer pakai spek je kan? Sebab leceh la nak pakai lens nie. Nak kene jaga,susah nak pakai nak kene beli solution banyak lagi la songeh nye. Kan?Kan? Cik kak cik adik sayam oit. Nak cantik kan?kene la bersusah payah. Ehee.
Betol memang Bulan tak nafikan la.Nak pakai lens nie mmg susah. Bulan dah 6 tahun pakai lens. Masa mula mula nak pakai memang kene prepare awal. Dalam 30min sebelum nak keluar rumah. Betol2 leceh. Tapi lame lame dah terbiasa dalam 30 saat pun da leh pakai.Eheee.
Ok.meh nak share sket tips penjagaan kanta lekap nie:
1. Sebelum nak pakai lens,jangan gatal gatal tak pakai terus. Minta nasihat pakar mata dulu. Maklum la tak semua mata nie sama. ada yang sensitive dengan lens tak boleh pakai langsung. Kang nati ada effect pada mata tue.
2.Bagi yang nak pakai lens tue mulakan dengan clear lens dulu then baru la boleh cuba pakai color lens. Sbb clear lens dan color lens nie lain sikit. So,biasakan memakai clear lens baru la cuba color lens.
3.Yang nie penting!<--perhatikan tanda seru itu.Eheee Anda mestilah seorang pembersih!Serta rajin! Kalo pemalas jangan mimpi nak pakai lens ok. sebab orang yang jenis malas nie la selalu dapat penyakit mata. Contohnya:
- sebelum nak pakai lens pastikan basuh tangan dulu. *macam nak makan nasi plak kan?*Sebab kita tak tahu tangan kita tue kotor ke tak.
- sebelum nak tido tanggalkan lens tue dulu. awat malas beno ek.Adess
- selalu replace solution dalam bekas lens tue.lepas guna lens basuh bekas dan ganti dengan solution baru. then baru la rendam lens tue.
4. Jangan pakai lens lebih dari 8jam. Sebab maklum la benda bukan kekal. Akan ada effectnye. Bagi mengelakkan ketidakselesaan tue. Pakai up to 8 hours only.Eheee
5. Selalu beware dengan precaution lens tue ok. Kalo life span tue 1 month pakai je la untuk 1 month jangan gatal2 nak extend date plak. Kalo yang life span 1 year. Bulan recommend pakai up to 6 month only for hygiene purpose.
Tue je kot tips yang Bulan mampu kongsi.Mereka yang selalu cakap tak selamat pakai lens nie biasanya yang nak pakai tapi malas nak menjaga. Masa nak handle lens tue dengan tangan yang kotor. tido tanpa tanggalkan lens.tak minta nasihat pakar dulu samada mata tue sensitive ke tak. Bulan dah pakai lens 6tahun. Alhamdulillah,setakat nie tak ada lagi apa apa masalah berkaitan mata. Yang penting jaga kebersihan tue.
Beza kan? Belah kiri nie Bulan pakai yang clear lens.belah kanan pakai color grey
psstt~ korang macam mana? Meh la kongsi kongsi sket.
