Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Ku tinggal Dia

Salam semua.


Ini entry terakhir di tahun genap.Kira penutup blog untuk tahun ini.Blog memang tak akan di tutup lah even blog ni dah macam hidup segan tutup tak mahu dah i nampak.Ahakss
Bulan taknak buat review 2010 ke hape.2010 bagi Bulan bukan lah seindah rasa secantik mesra *erkk tol ke ayat nie*. Tapi ada gak wat entri pasal tue  Rentetan 2010. Ada perkara baik yang di datang, ada perkara buruk juga yang perlu ditempuh.Adat kehidupan lah.Yang baik akan berselang seli kan dengan keburukan.Hidup ini bukan nya selalu indah.Iye idop?eheee

Bulan nak beremosi sikit nie.nak join?jomjom.eheee

Begitu juga dengan cinta. Semuanya sudah berlalu. Maaf tak mampu menerima mu kembali kerana aku tak mahu lagi membiarkan diri dilukai luar dan dalam.

Untuk kamu. menyayangi kamu secara diam.menyintai kamu tanpa bunyi membuatkan aku penat lelah dan akhirnya kalah. cukuplah sampai disini.Kita jauh berbeda.itu yang cuba kamu sampaikan. Aku faham maksud kamu. 

Fullstop! ahaks.Habis sudah.Eheee

Task 2011 dah banyak yang menanti.Bertimbun-timbun.Saja buat-buat tak nampak.Tak mo diri berasa tension.Yang saya harapkan dapat selesaikan semua tugas sambil menjadi wanita anggun cun melecun.Ahakss.Sebab sekarang  Bulan rasa eyebag dah makin menebal.Kalau mau dikategorikan sebagai kaum panda pun sudah boleh.Opss!



Tinggal berapa jam lagi nak ke tahun baru kan? Azam tahun 2011? Meh sini tengok:
1.Kurang tido.ahakk *baka kuat tido*
2.Rajin basuh baju pakai tangan *dulu malas giler,selalu abg mesin basuh tolong basuh*
3.Makan banyak-banyak. *bagi gemok.ahakss*
4.Pagi subuh tak mo tido dah.*lately da tak tido pas subuh lg da.eheee*
5.NO last minute work or assignment. *selalu cm nk giler wat keje last minute*
6.I wanna be BITCH! * Salam Muharam*


Dan semestinya ingin menjadi Hamba Allah yang bertaqwa.Sentiasa tidak alpa akan nikmatnya duniawi.InsyaAllah.Jugak,ingin menjadi seorang isteri anak yang patuh kepada suami kedua ibubapa.Eheee Amal makruf Nahi mungkar. Ameen


psttt~ Happy New Year Everyone. Muahh!

Rentetan 2010

Salam semua. 2010 sudah sampai ke penghujungnya. Tinggal 2 hari saja lagi untuk menjejakkan kaki ke tahun 2011. Azam tahun nie tak semua dapat dicapai.Jadi dibawa ke tahun berikutnya. *boley gitu ek* 
Dan semestinya 2011 bakal menjadi tahun 'sibuk' Bulan kerana berpulun-pulun menyiapkan final year project. Doakan Bulan yea.Ehee Entri nie agak panjang sikit...So,kalo suda merasa keboringan jangan baca dari sekarang ye. Terus ke shoutbox tinggal pesan.ahakss

2010 banyak meninggalkan kenangan.Manis dan pahit. Kalo hidup asyik manis je tak best gak kan? kepahitan itu mendewasakan kita.Bulan rasa Bulan sudah cukup dewasa untuk mengharungi hidup ini. Dewasa untuk kawin?Ahakss! Belum lagi kot. Banyak benda lagi yang ingin dikejar dan dicapai.


2010 juga banyak menguji Bulan dari segi kesihatan. Alhamdulillah, penyakit itu tidak lagi menyerang. Dan berharap agar ianya lesap terus dari hidup ini. Pasal penyakit tue tak payah Bulan terangkan panjang lebar ek. Sampai sini cukup. *privasi la kata kau kan* 


2010 Alhamdulillah.Sahabat-sahabat senantiasa menyokong dari belakang.Sahabat susah mahupun senang.Mereka tidak pernah membiarkan diri ini menangis sendiri,sakit sendiri,gembira sendiri.

2010 terfikir-fikir adakah diri nie sudah cukup dekat disisi Allah s.w.t???Sembahyang.Alhamdulillah.cukup 5 waktu jika tiada keuzuran. Cukupkah amalan-amalan kita dengan hanya bersolat?Sesunnguhnya,terasa kesal jugak.mane pergi diriku yang dulu *zaman-zaman matrik*. sentiasa dengan Al-Quran selepas sembahyang. Lain taw perasaan bile selepas sembahyang baca Quran dengan tak baca. Sekarang nie pun jarang-jarang pegang Quran. Kalo tak rushing baru lah boleh buka Quran.Alasan je kan?


Nie adalah rentetan gambar 2010


Nie masa pegi main bowling ngan coursemates

Nie gambar masa praktikal.

Kat Hankuk ramyun TS.

nie time pegi UTM skudai

nie dengan songsaeng-nim (korean class)

Masa Lab session.

My family

geng bus sekolah

Truly me.Through out of 2010

Selamat melayan~~

pstt~ lagi 25hari nak masuk 24tahun.Da tua upenye


Popular Posts

I Love My Blog

Daisypath Anniversary tickers