Showing posts with label pictures. Show all posts
Showing posts with label pictures. Show all posts

Rentetan 2010

Salam semua. 2010 sudah sampai ke penghujungnya. Tinggal 2 hari saja lagi untuk menjejakkan kaki ke tahun 2011. Azam tahun nie tak semua dapat dicapai.Jadi dibawa ke tahun berikutnya. *boley gitu ek* 
Dan semestinya 2011 bakal menjadi tahun 'sibuk' Bulan kerana berpulun-pulun menyiapkan final year project. Doakan Bulan yea.Ehee Entri nie agak panjang sikit...So,kalo suda merasa keboringan jangan baca dari sekarang ye. Terus ke shoutbox tinggal pesan.ahakss

2010 banyak meninggalkan kenangan.Manis dan pahit. Kalo hidup asyik manis je tak best gak kan? kepahitan itu mendewasakan kita.Bulan rasa Bulan sudah cukup dewasa untuk mengharungi hidup ini. Dewasa untuk kawin?Ahakss! Belum lagi kot. Banyak benda lagi yang ingin dikejar dan dicapai.


2010 juga banyak menguji Bulan dari segi kesihatan. Alhamdulillah, penyakit itu tidak lagi menyerang. Dan berharap agar ianya lesap terus dari hidup ini. Pasal penyakit tue tak payah Bulan terangkan panjang lebar ek. Sampai sini cukup. *privasi la kata kau kan* 


2010 Alhamdulillah.Sahabat-sahabat senantiasa menyokong dari belakang.Sahabat susah mahupun senang.Mereka tidak pernah membiarkan diri ini menangis sendiri,sakit sendiri,gembira sendiri.

2010 terfikir-fikir adakah diri nie sudah cukup dekat disisi Allah s.w.t???Sembahyang.Alhamdulillah.cukup 5 waktu jika tiada keuzuran. Cukupkah amalan-amalan kita dengan hanya bersolat?Sesunnguhnya,terasa kesal jugak.mane pergi diriku yang dulu *zaman-zaman matrik*. sentiasa dengan Al-Quran selepas sembahyang. Lain taw perasaan bile selepas sembahyang baca Quran dengan tak baca. Sekarang nie pun jarang-jarang pegang Quran. Kalo tak rushing baru lah boleh buka Quran.Alasan je kan?


Nie adalah rentetan gambar 2010


Nie masa pegi main bowling ngan coursemates

Nie gambar masa praktikal.

Kat Hankuk ramyun TS.

nie time pegi UTM skudai

nie dengan songsaeng-nim (korean class)

Masa Lab session.

My family

geng bus sekolah

Truly me.Through out of 2010

Selamat melayan~~

pstt~ lagi 25hari nak masuk 24tahun.Da tua upenye


Popular Posts

I Love My Blog

Daisypath Anniversary tickers