Showing posts with label cat. Show all posts
Showing posts with label cat. Show all posts

Home sweet Home :: Menang saguhati GA template Gayah Spears

Assalamuailaikum

Home sweet home.Muahahahaha <-----gelak jahat. gelak kat orang yang tak dapat cuti. Bulan dah sampai rumah. Alhamdulillah, selamat sampai dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Seronok bila duk rumah nie. Macam -macam planning. dan highlight untuk cuti nie ialah reunion sekolah menengah. Wah! tak sabar nak jumpe mereka-mereka nie. ada yang dah bertunang dah kawin yang dah ade anak pun ade. sangat-sangat teruja nie. teruja ape? kawin ka? ish!bukan bukan, teruja nak jupe mereka-mereka semua nie. maklum la, masing masing sibuk ngan study kerja dan rumah tangga. so,time macam nie la nk jupe dan borak kan?

berita kedua, Bulan agak ketinggalan la. Maaf ye busy dengan exam dan assignment. Alhamdulillah, menang saguhati bagi Domain GA Template Tercantik Gayah Spears. Tak sangka boleh menang saguhati sebab contestant lain pun template cantik-cantik jugak. Terima kasih dan tahniah kepada Gayah dan juri-juri yang mengadili pertandingan nie. Tak lupa dan tak akan lupa kepada designer template Bulan nie------> Zaerr.com. semua nie hasil kerja dia. dia yang design  dari A to Z.eheee

kepada pemenang-pemenang yang lain tahniah diucapkan. ehee. Thanks zai sebab backlink akak.muihihi.

I miss Him badly~

pssttt~ nak hidup dan beramal seperti esok nak mati...

Selamat Kembali Ke Sekolah!!

Salam Semua..

Macam biasa.Awal tahun sekolah pun dah bukak.Budak-budak yang cuti sekolah tue excited mau pegi sekolah.kan kan kan? Kalo Bulan dulu memang excited la.Maklum la semua baru.Baju sekolah baru,kasut baru,beg baru,dan peralatan sekolah baru. dari Form 1 sampai Form 5 duduk asrama sebab jauh dari rumah.Abah sengaja nak hantar anak dia sekolah jauh-jauh.Katanya boleh berdikari.huhuhu. berdikari la jugak.Tiap-tiap minggu balik.Ahakss.

Bulan kat sekolah dulu nakal. Duk asrama panjat pagar kuar asrama pegi lepak di Billion (Mall) dekat dengan sekolah.Jalan kaki ramai-ramai.Pas maghrib keluar nak dekat-dekat kul 11 baru balik. Banyak kali jugak buat macam tue.Tapi tak pernah kantoi.Sebab ade orang cover line.Ehee.Kat sekolah plak suke tido.memang dah adat budak hostel kan.Akan tido dalam kelas.eheee cikgu mengajar depan kita tido kat belakang.Pernah kene balik kapur ngan cikgu.ahakss padan muka!

Mase time Bulan dulu, kerje ragging merangging nie ade lagi. mula-mula masuk asrama tue, sesi orientasi memang teruk kene ragging.  disuruh minum air kopi pekat.memang pekat giler.Sampai 2 hari kencing bau kopi.ahakss Pastue kene cuci tandas. Kene jemur kat tengah panas. Banyak lagi la. Bile fikirkan balik memang seronok. Itu semua pengalaman. Bile Bulan dah jadi senior, tak terfikir pun nak ragging balik junior-junior nie. Ntah la, terfikir yang mase kene ragging dulu sangat la tersiksa. So, Bulan boleh faham la perasaan orang kene ragging nie.

Sekarang,dunia universiti plak.Semua tue dah tak ade. matlamat sekarang study study study untuk graduate. Orang kata kenangan di universiti paling best untuk dikenang. Tapi bagi Bulan semuanye sama. Semua tue terpulang pada kita.Bagaimana kita mencorak dan mewarnai kenangan itu.Betol tak? Alhamdulillah, kawan-kawan dari sekolah masih lagi berhubung.Tapi kebanyakan antara mereka sudah kawen dan bertunang.huhuhu segan jugak dengan mereka nie.Maklum la,Bulan sendiri belum ke arah itu lagi.Ahakss

Nantikan entri si comel nie. 

psstt~ selamat belajar kepada sahabat-sahabat yang memulakan sesi pengajian esok.eheee

Popular Posts

I Love My Blog

Daisypath Anniversary tickers