Saya orang kampung.so?

Salam semua

Saya mengaku saya agak kekampungan sikit. Ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.Dari cara bercakap, pemakaian dan juga pemakanan memang terang seterang-terang nya tak yah nak suluh-suluh. Thanks! sebab suluh jugak! Degil! memang orang kampung. Saya tak pernah lupe diri yang saya nie asal dari kampung. juga dari keluarga yang sederhana. Abah kerja kerani. mama suri rumah separuh masa.Ahakss

Saya melayu-thai. Genetik melayu dari abah. dan genetik siam dari mama. suka masakan Melayu dan Thai. Suke sangat dengan Tomyam dan Somtam.itu makanan thai. Kalo makanan melayu. Ikan rebus goreng dan budu sudah cukup membangkitkan selera ku.Dan kesannya selepas makan.Pasti menjilat jari! Ahakss.masih ingat lagi,kawan Bulan cakap,"macam orang tua la makan budu". Tapi sekarang dia pun dah gila budu. Sampai dalam coconut shake pun nak taruk budu.Tipu! ahakss.

Saya orang kampung tak tahu nak bersosial.Datang KL baru tahu semuanya. Tapi setakat ini masih lagi dapat kawal diri.kerana pesanan abah sentiasa meletak di hati dan terngiang2 di telinga. Bunyinye "Jangan memalukan abah dan mama". So,nak buat benda yang mengarut memang tak kan buat lah.Mama pulak selalu pesan. "Ingat bakal anak-anak dan suami kamu kalo nak buat benda mengarut.". Ofcos saya mahu keluarga yang beriman. Suami soleh yang boleh membimbing saya.betol tak?kalo dapat yang bukan macam tue.suda tentu saya yang akan membimbingnya.Hidup kena saling melengkapi.betol tak?eheee. rase macam da melencong ke arah lain nie.ehee gatal nak kawen plak.Suda tentu,sape tak mo kawen. Mish? Erza? Dua-dua tue memang nak sangat kawen.Ahakss lelaki bagaimana pilihan ku?Cukup sekadar dia dapat menerima diri nie seadanya tanpa memaksa saya merubah apa-apa kecuali untuk kebaikan.

Cukup suda bebelan kali ini.ahakss.Petang yang sejuk nie best kalo membebel! *ade kaitan ke?*

13 comments:

eRza farEeha said...

saya xn kwen lg..hahaha...
pss~~gojes la bulan..cm diva g2..

Nazifa M.Zali said...

@ erza.
ahakss suda tentu..im diva!

Izan Ishak said...

patutlah bulan ni comeiii sangat! k.izan kalau dapat makan tomyam thai yg betul2 punya...mesti meleleh airmata. hmmm...dah terasa nak makan tomyam n somtam plak ni~

Nazifa M.Zali said...

@ kak izan

suke tomyam gak ke.bulan tak tahanpedas.yg mama wat x pedas sgt.ehee
somtam best!

Anonymous said...

kalau dia ikhlas menerima kita, passti dia tak cuba merubah kita mengikut acuan dia... sampai akhirnya kita menjadi seolah2 cermin untuk diri dia

Al said...

knape plak dgn ngaku org kg?ade mslh ke?ok je kot...

bkn tomyam org mkn pedas2 ke, br ade feel..

Ali ridha said...

cik kak ada ciri2 gadis Melayu idaman hati ku.huhuhu...

Atika Natasha said...

sape bilang gdis kampung tak mnawan x mnarik ati tiada mmikat...acece..nak nynyi ckit..same lah,ika suka mkanan thai!t0myam..yummy..

CIK TOM said...

cik tom xnak kawen..hehe..xbaik2...
mish tue org yg wajib kawin..hahahaha

cik tom lg kekampungan..tp xpe la..xkisah tue semua..

Teroris Cinta said...

hay bulanku....semangat meski kita korang kampung, sama saya juga korang pedalaman....salam sukses

Atia Adina said...

salam...ayah saya pun melayu+Thai gak..tapi Thai Pattani(Melayu Pattani)...kira melayu+melayu gak la..hahaha.. : )

najihah sahami said...

sengal la bulan. i xnk kawen lagi. tnggu u la dulu. sebab u kan kak long. hahahaha
:P

Misz-ella said...

bulan, kita sama. kakchik pun +siam sblh abah dr kelantan.

Kakchik pn suka somtam, tomyam, ikan goreng cicah budu buh cili api, bwg, perah limau. Marvelloussss ..

Popular Posts

I Love My Blog

Daisypath Anniversary tickers