kadang kadang kita perlu menangis


Assalamualaikum 

Sehari dua ini Bulan rasa nak menangis je. Bukan kerana Bulan saja saja gatal nak menangis. Bak kata kawan Bulan. Nangis untuk cuci mata yang besau.Hahaha

Bila melihat dan mendengar tentang kematian. Perasaan takut menyelubungi. Terfikir betapa banyak dosa-dosa yang dilakukan pada Allah sebelum nie.Sempatkah untuk menebusnya kembali. 

Bila melihat dan mendengar kematian ahli keluarga/ kawan orang lain. Bulan membayangkan bagaimana nak menghadapi kematian ahli keluarga/kawan sendiri ? Mama abah adik-adik  ? dan kawan-kawan ? cukup kuatkah Bulan nanti ? Cukup kuatkan menghadapi kematian orang tersayang?Bagaimana pula mereka menghadapi kematian Bulan nanti ?

Bulan mendapat berita kematian seorang sahabat jauh. Arwah merupakan rakan kepada kawan Bulan. Bulan tak rapat dan tak pernah bersua muka malah berborak-borak dengan arwah. Tapi dari percakapan kawan Bulan yang sering memuji arwah,Bulan dapat bayangkan arwah seorang yang berhati mulia. Sangat disenangi rakan-rakan nya, menjadi tempat rujukan dikala sahabatnya ada masalah,seorang yang murah senyuman,tak lokek menghulurkan bantuan.  Pemergiannya sentiasa dirindui oleh sahabat-sahabatnya. Hampir sebulan pemergian arwah.Namun facebook nya sentiasa dihujani komen-komen dari sahabat sahabat yang merinduinya.

Melihat kawan-kawan diduga dengan pelbagai masalah membuatkan Bulan banyak belajar. Hidup senang selalu melalaikan dan membuat kita alpa. Bulan berterima kasih pada mama dan abah kerana membiasakan diri ini hidup susah. Membiarkan Bulan mengumpul duit sendiri, membiarkan Bulan hidup jauh dari keluarga, mengajar Bulan supaya hidup bersederhana, dan mendidik Bulan berfikir sebelum bertindak.

psstt~ harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama
psstt~menangis lah semahu mahu nya. agak segala kepahitan dan kesedihan itu keluar bersama air mata

14 comments:

Misz-ella said...

menangis itu terapi, adik. Menangis lah bila perlu*akak selalu buat camtu*hihi ..

Gimi said...

setiap yg hidup pasti akan mati..

RalphRazaq said...

ble kte mengalami pengalaman melihat kematian...diri kte akan turut insaf..dan makin bertambah kuat iman kte kepada-Nya....setiap insan pasti akan mengalaminya..antara cepat dgn lambat j... ^____^

nazirulhazwan~ said...

den tepikir la kan, klu satu hari denmati la, ado ko org nak ingat den selain dari ahli kuarge;p

Anonymous said...

"Namun,Bulan rasa tak adil bagi arwah untuk mengecapi hidup buat sementara saja."

rasany xelok lah bt statement mcm ni... Allah itu sentiasa adil. sentiasa beri yg terbaik bt hambaNya.

maaf klu sy yg salah faham

eRza farEeha said...

carilah ilmu seperti kite akn idop selama-lamanya...beribadat seperti sok kite akn mati..

pss..btol ke ayt ni??

cOnfuSeME said...

100x like komen nek erza...:)

Unknown said...

kdang2 menangis nih leh release tension...kite klu mrah sangat...kita akan nangis giler2...hehe...

Unknown said...

isk3..apik sedekanhkn al fatihah buat arwah..

.Dilla Nur. said...

nangis tu mmg terapi yunk...sbb slalunya pas nangis baru semangat kita akan pulih balik...mcm dilla jgk...bukan kta nak meratap org yg dah pegi..sbb mmg x elok mcm tu...cuma kita kena lepaskan jgk beban dlm dada ni spy kta x rasa terbeban dan akan wat benda yg x spatutnya...dilla ckp camni sbb dlu dilla degil, xnk nangis lps arwah anuar ninggal...dilla berlagak kata dilla kuat...sampai satu tahap dilla rasa nak mati sama ikt die...syukurlah ada lg iman di dada...bila dilla lpskn...rasa lebih tenang dan boleh teruskan hidup... ;)

Shila said...

dengarlah lagu menangislah dibahuku- firdaus..

:)

K.I.K.A. said...

saya pun terasa sayu jugak... T.T

Mummy-Zerry said...

Jom nangis sesama..
Orang kata, bukan mokcik yang kata: kawan menangis sukar nak carik.

Al-fatihah buat kenalan jauh bulan.

Izan Ishak said...

k.izan pun tak dpt membayangkan kalau kehilangan org2 tersayang skrg ni... sbb memori tu dah lama sgt berlalu masa arwah abah k.izan meninggal (umur 6 thn)...

apa2 pun menangis pun satu terapi jugak kan~

Popular Posts

I Love My Blog

Daisypath Anniversary tickers