Apakah kebaikan mengambil insurans Takaful dari Prudential BSN Takaful Malaysia?


Assalamualaikum...

Semua orang masih tak berapa nak pasti apakah kebaikan mengambil insurans ni. Aku pun dulu-dulu macam tu la gak tapi bila dah start jadi agen and dengar + dapat training dari leader aku baru aku tahu betapa pentingnya mengambil insurans di waktu muda. lebih-lebih lg 2 minggu lepas masuk wad sbb demam panas bil hospital 100% di bayar dan dapat elaun hospital lg.

Sebenarnya banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan mengambil personal insurans ni. Takaful Prudential BSN bukan setakat cover medical sahaja malah mengajar kita macammana nak menguruskan kewangan sendiri. Selain itu, kita boleh buat donation sekali sebab takaful prudential BSN ni berlandaskan syariah dan tabaru'. Disamping kita buat insurans, kita boleh melabur, buat saving secara tak langsung kita boleh menderma... Tak ke itu satu pendekatan yang bagus?


Kenapa perlu amik Takaful Prudential BSN?
1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit dia memang banyak. 
Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami kesusahan untuk mendapat benefit itu.
2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.
Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan.  Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.
Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa??? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.



4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia
Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa??? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan..mungkin mengambil masa yang lama utk proses tuntutan. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya. 


5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan
Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (kira FREE la). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian. Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak pada Takaful Prudential BSN.


Sebenarnya banyak lagi benefit yang boleh aku utarakan dekat sini tapi mungkin cukup untuk memberi pengetahuan kepada kawan-kawan betapa pentingnya mengambil insurans kita. Memang duit tidak mencukupi untuk melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah boleh. 

CALL @ SMS @ WHATSAPP 
Nazifa 013-2558823 
EMAIL- nazifazali@gmail.com

Bukan niat untuk memaksa, tapi niat untuk membantu kawan-kawan. Hargailah diri kita, sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini.. itu yang paling penting.

credit to http://adekwaniey.blogspot.com/


No comments:

Popular Posts

I Love My Blog

Daisypath Anniversary tickers