Assalamualaikum...
PENGERTIAN TAKAFUL
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'
Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah
Sistem Islam
Sumbangan At-Tabarru'at
Pelaburan halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur riba
Tiada unsur maisir (Judi)
Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
Al-mudharabah (Perkonsian untung)
Sistem Islam
| |||||
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam
Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)
Sumbangan At - Tabbaru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas
Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan
Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.
Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut
|
No comments:
Post a Comment